Partner im RedaktionsNetzwerk Deutschland
PodcastsRegierungKeluar Sekejap

Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Keluar Sekejap
Neueste Episode

Verfügbare Folgen

5 von 173
  • EP163 | Kebebasan Institusi Kehakiman, Addendum Bossku Wujud, Duta AS, Tarif Malaysia-AS
    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 163 menyajikan perbincangan padat dan kritikal mengenai pelbagai isu semasa. Episod kali ini dimulakan dengan sorotan terhadap landskap politik di UK dan Malaysia sebelum menyelami isu krisis institusi kehakiman termasuk kuasa Perdana Menteri dan dakwaan wujudnya tekanan politik dalam proses tersebut. Isu ‘addendum’ melibatkan sabitan Datuk Seri Najib Razak yang mencetuskan perdebatan awam turut dianalisis dengan teliti.Perbincangan kemudian beralih kepada isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Malaysia, serta kesannya terhadap hubungan perdagangan dua hala. Antara topik yang turut dibincangkan adalah pencalonan kontroversi Nick Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia dan reaksi keras terhadap pandangannya tentang Israel-Palestin yang jelas bertentangan dengan prinsip dan dasar negara Malaysia. Ingin jenama anda tampil bersama suara perubahan?Taja Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh seluruh negara!📞 +6011-1919 1783 | 📩 [email protected]:00 Intro12:41 Kebebasan Institusi Kehakiman56:23 Addendum Bossku Wujud01:07:09 Tarif 25% A.S. terhadap Malaysia01:13:55 Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia
    --------  
    1:27:46
  • EP162 | Kemelut Institusi Kehakiman, Sidang Media 9 Ahli Parlimen PKR, Laporan Letupan Putra Heights
    Episod 162 Keluar Sekejap menampilkan hos jemputan Nailah Huda membuka tirai dengan refleksi episod bersama Menteri Kewangan II, menyentuh isu GST vs SST, peluasan cukai korporat, dan cabaran komunikasi kerajaan.Perbincangan kemudian beralih kepada isu kemelut institusi kehakiman bersama peguam, Haniff Khatri; mengupas kekosongan Ketua Hakim Negara serta persoalan ketelusan dan kebebasan institusi kehakiman dari pengaruh eksekutif.Episod diakhiri dengan sorotan terhadap tragedi letupan paip gas di Putra Heights; membedah penemuan siasatan rasmi, kegagalan struktur, kesan kepada penduduk, dan desakan terhadap ketelusan serta akauntabiliti pihak berkuasa.Jenama anda patut berdiri seiring suara yang membawa makna! Taja episod Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh di seluruh negara!Hubungi kami sekarang di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk mendapatkan pakej penajaan eksklusif tahun 2025.
    --------  
    1:48:02
  • EP161 | Peluasan SST, Penyasaran Subsidi RON95, Kerangka Ekonomi Madani, RMK13
    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 161 menampilkan tetamu jemputan khas,YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, dalam satu perbincangan mendalam mengenai hala tuju dasar fiskal negara, penyasaran subsidi RON95, peluasan SST, serta pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI.Episod dimulakan dengan penjelasan langsung daripada Yang Berhormat Menteri tentang pendekatan kerajaan dalam memperkukuh fiskal negara termasuk rasional di sebalik penyasaran subsidi petrol dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai 2025. Beliau turut berkongsi cabaran dalam menyeimbangkan keperluan mengurangkan defisit dengan sensitiviti rakyat terhadap kos sara hidup.Perbincangan menyentuh secara kritikal tentang bagaimana Kerangka Ekonomi MADANI meskipun mempunyai asas yang kukuh masih berdepan cabaran pelaksanaan dasar secara menyeluruh dan konsisten. Turut dibincangkan adalah fungsi sistem PADU dalam memastikan penyasaran subsidi dapat dilakukan secara adil dan efektif tanpa membebankan golongan yang tidak layak.Dalam segmen yang strategik, episod ini juga menyentuh tentang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bakal dibentangkan pada 31 Julai. Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa perangkaan RMK13 adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyelaraskan perancangan pembangunan negara dengan prinsip-prinsip dan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI.Sebagai pendengar setia Keluar Sekejap, nikmati dua promosi eksklusif daripada Tealive!Melalui Tealive App, dapatkan 2 minuman pada harga RM15 dengan kod promo TEALIVEJAP . Sah selama 1 bulan mulai 3 Julai untuk semua jenis minuman dan satu penebusan sahaja buat setiap pengguna.Di TikTok Tealive Shop, belanja minimum RM30 dan gunakan kod yang sama TEALIVEJAP untuk nikmati diskaun RM5 atas pembelian produk FMCG.Jenama anda patut berdiri seiring suara yang membawa makna!Taja episod Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh di seluruh negara!Hubungi kami sekarang di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk mendapatkan pakej penajaan eksklusif tahun 2025
    --------  
    1:46:41
  • EP160 | Mengapa Politik? Cabaran Pembangkang, Dominasi PAP, Hubungan Serantau, Masa Depan Tanpa PAP
    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 160 menampilkan satu wawancara eksklusif bersama Pritam Singh, Ketua Pembangkang Singapura dan tokoh utama Parti Pekerja (Workers’ Party). Dalam episod ini KS menyelami perjalanan peribadi dan politik Pritam Singh daripada latar belakang pendidikan, karier awal, sehinggalah keputusan menyertai dunia politik yang dikawal rapi di bawah pemerintahan People’s Action Party (PAP).Perbincangan dibuka dengan sorotan terhadap struktur dan dinamika politik Singapura termasuk cabaran-cabaran unik yang dihadapi oleh pembangkang di negara tersebut. Pritam berkongsi falsafah perjuangannya, visi untuk sebuah Singapura yang lebih adil dan saksama, serta bagaimana WP memainkan peranan semak dan imbang yang konstruktif dalam sistem politik dominan.Isu hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura turut disentuh. Pritam Singh menegaskan kepentingan "people-to-people ties", kerjasama ekonomi rentas sempadan serta potensi pertukaran budaya dan pendidikan sebagai jambatan pemahaman yang lebih erat antara dua jiran serumpun.Episod ini menyerlahkan bagaimana politik serantau boleh diteroka melalui pendekatan yang lebih segar dan terbuka. KS turut menyentuh refleksi peribadi Pritam Singh terhadap cabaran sebagai pembangkang, tekanan sistemik, dan harapan beliau terhadap masa depan Singapura yang lebih inklusif dan progresif. Ia membuka ruang untuk kita menilai semula peranan pembangkang dalam sistem demokrasi, serta keperluan kepada perbincangan rentas sempadan dalam memperkukuh kestabilan dan kemajuan rantau.Ingin jenama anda menonjol bersama suara perubahan?Taja episod Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh di seluruh negara!Hubungi kami sekarang di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk mendapatkan pakej penajaan eksklusif tahun 2025.00:00 Intro03:50 Latar Belakang Peribadi Pritam Singh09:01 Pengorbanan Peribadi & Dilema Politik15:30 Ideologi dan Perjuangan WP20:08 Titik Gemilang Pembangkang Singapura Tawan Aljunied GRC29:22 Pengukuhan Kubu WP di Aljunied, Hougang & Sengkang31:25 WP dan Impian Singapura Lebih Adil35:52 Antara Realisme WP dan Radikalisme SDP38:16 Keputusan PRU dan Kritik Terhadap ‘Kurangnya Ambisi’47:26 Mengapa PAP Kekal Dominan?52:16 Gaya Politik Pritam Singh Berani Lawan atau Berhati-hati?57:19 Peranan Rasmi Ketua Pembangkang dan Harapan Masa Depan01:05:13 Risiko Politik : Antara Kerjaya, Keluarga dan Perjuangan01:10:46 Isu Raeesah Khan, Persepsi dan Keyakinan Diri01:14:05 Rahsia Rukun Kaum di Singapura01:26:39 Hubungan dua hala Malaysia–Singapura01:34:19 Konflik Gaza01:41:12 Arah Tuju Pritam01:45:06 Singapura Tanpa PAP
    --------  
    1:49:23
  • EP4 #KenaSoal | Konflik Iran-Israel, Reformasi Parlimen, Masa Depan AI
    Dalam Episod 4 Kena Soal, perbincangan hangat menyentuh beberapa isu-isu serantau dan tempatan yang menjadi tumpuan. Antara soalan-soalan yang dijawab termasuklah persoalan sama ada Parlimen perlu mengadakan pendengaran awam, ancaman perangkap pendapatan sederhana, kuasa penjawat awam, pengaruh Kelab Remaja PAS terhadap naratif politik belia, keperluan undang-undang AI, dan juga ketegangan Iran-Israel kebelakangan ini.00:00 INTRO00:50 REFORMASI PARLIMEN @wan.ali.imran: Should parliament hold hearings like US congress for cabinet confirmation or investigations?08:48 PERANGKAP PENDAPATAN SEDERHANA @ing_zheng: Why msia is still in the middle income trap? What will you do differently from other PM?23:18 KUASA PERKHIDMATAN AWAM@praveenmarkandu: Do the civil service have too much power? Why does it seem reforms are being blocked by the CS?33:33 PENUBUHAN KELAB REMAJA PAS MALAYSIA (KRPM)@nabil.ahnafff: Apa pandangan Saudara KJ & Shahril tentang Penubuhan Kelab Remaja PAS Malaysia (KRPM)43:54 KONFLIK IRAN-ISRAEL@epol_alberto: Pndgn KS berkenaan perang antara Iran dan Isra*l. Dan apakah kesannya terhadap Malaysia@nadnadkacangpendek: what are your thoughts on Iran giving Israel back what they deserve@aimannijem: Apa pandangan KS berkenaan Iran yang hilang penguasaan udaranya kepada Israel sekarang?@msyahmimohdkarim: Perang Israel - Iran dan genocide Gaza, apakah analisis KS masa depan geopolitik serantau58:41 MASA DEPAN AI@hadzrul_luqman: Perlukah Malaysia merangka akta tentang AI. Akta AI- Syed Hadzrul (Telegram): Dalam dunia yg semakin berkembang dengan AI, perlukah negara mewujudkan akta berkaitan AI bagi mengelakkan sebarang salah guna AI dan lain-lain isu? (Akta Kecerdasan Buatan 2025)1:08:52 GO-TO [email protected]: Perhaps off topic sir, but what’s your go-to fragrance?1:11:02 KL PODFEST 2025ia_am10016: Will KLPodfest be making a comeback?
    --------  
    1:11:51

Weitere Regierung Podcasts

Über Keluar Sekejap

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact [email protected]
Podcast-Website

Höre Keluar Sekejap, Job Secret - Der offizielle BND-Podcast und viele andere Podcasts aus aller Welt mit der radio.de-App

Hol dir die kostenlose radio.de App

  • Sender und Podcasts favorisieren
  • Streamen via Wifi oder Bluetooth
  • Unterstützt Carplay & Android Auto
  • viele weitere App Funktionen
Rechtliches
Social
v7.21.1 | © 2007-2025 radio.de GmbH
Generated: 7/17/2025 - 3:40:46 AM